KESABARAN
SEORANG PEREMPUAN YANG DIRASUK
Ata'
bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, "Mahukah
aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"
Jawab
Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"
Ibnu
Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu
ia telah dirasuk."
Sabda
Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika engkau tahan dan sanggup
bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup
bersabar aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar."
Jawab
perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga)
sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita
satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang
baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.